Assalamualaikum~
Wah~ rasa macam dah lama tak update blog..huhu..apa benda la dengan tarikh kat atas tu kan? tarikh tu memang jatuh tergolek gedebak gedebuk nyer pada hari nie..hari SABTU..sebenar - benar nyer la kan..hari nie aku HAPPY GILA TAK TERKATA ..* ok, tipu..haha! apa yang penting memang hari ini SANGAT LAH MENYERONOK SERONOK DUARONOK TIGARONOK...aku dah jadi tak betul sebab hari ini..so sorry la to all readers, aku nyer entry kali nie memang tak betul sikit dan panjang..hehe
Tempat : Segamat - Bekok - Batu Pahat - Segamat kembali..
Masa : 8.30 pagi - 8.30 malam
Tujuan : Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelas
( ayat mcm nk buat report kat sekolah dolu - dolu )
Kenderaan : 4 buah kereta yang terdiri daripada 2 kancil dan 2 saga..
Bilangan ahli : adalah dalam 20 orang..hehe
Yeayh~ seperti yang anda semua sedia maklum, maklum diterima..diatas tu adalah sedikit info yang berkaitan dengan hari nie..nampak tak tempat yang aku pergi tu..nampak macam BEST je kan..tapi memang BEST pun..hehe :D cerita nyer begini, setelah di plan - plan adalah dalam 2 minggu kowt, kami pun pergilah ke AIR TERJUN SG. BANTANG, BEKOK..eh2, rewind2..ada benda yang aku tak cakap lagi yang aku nak cakap gak..hehe..hari JUMAAT hari sebelkum kejadian, aku dan roomate NAJEHAH pergi ke bandar dengan gigih nyer nak beli barang - barang ( makanan, minuman, etc...) padahal malam ttu ada test FIN262..tak macam kelam kelibut pula kan..tapi takpe, sebab aku teruja yang melebihi had..haha! *macam takde kena mengena kan..kah3 ;P
Hari kejadian, SABTU...selepas rancangan itu dan ini dan MENJELMAlah (drum roll)...kitorang pergi ke BEKOK untuk bermandi manda, bercuci- cucian mata(hehe,nakal tahu ), bergumbira, ber, ber dan ber..haha! tak tau nak cakap 'ber' apa lagi..hehe..dengan menaiki 2 kereta kancil dan 2 kereta saga ( 1 kancil dan 1 saga yang disewa :D ) bertolak la kami ke sana..bermacam - macam ragam ada..ada yang teruja terlabih, ada yang tersenyum gembira, ada yang tak kata apa - apa..haha! dalam perjalanan nak ke BEKOK tu memang mencabar sebab jalan nak ke sana memang la TERUK! berlubang - lubang, dah jalan macam tu, jauh pula masuk ke dalam, dah masuk dalam sesat pula tu..adeh~ tapi memang BEST sebab perkara - perkara macam ni la yang kita akan ingat kan..hehe,,aku suka tau.. :D
Dekat BEKOK, air terjun dia..FULAMAK!! masyuk dowh~ air sejuk tempat pun macam tak ramai orang sebab bukan cuti sekolah..best tau..kitorang antara orang yang agak terawal sampai kat situ..habis punggah segala perlatan nak memasak, makanan, minuman...tukar baju then GEDEBUSH~ terjun dalam air..aku? aku tak mandi..huhu, agak menyesal disitu ye sebab tak mandi..hurm, next to the time jela..hehe..mandi2, main game, makan2..memang HURU HARA jadinya..bisalah even dah besar panjang macam nie( dah jadi SISWA/SISWI nie kan ) tetap bila datang tempat - tempat macam keterujaan tu memang tak dapat nak elak..haha! macam - macam jadi..siap nak buat TOWER la apa la..adeh~ best2.. :D
After BEKOK, pergi pula BATU PAHAT(BP)...satu destinasi yang tak dirancang...ayat aku nak SUPERB je..haha! dah la pergi sana semata - mata ye kawan2 SEMATA - MATA NAK MAKAN je..haha! kelakar..memang tak logik..macam la dekat SEGAMAT nie takde tempat makan kan..tapi itulah yang orang kata kerja yang akan jadi KENANGAN tiap masa..ewaah~ dekat BP sampai pun dah pukul 3++.makan- makan, jalan - jalan..dapat la aku beli 2 helai t-shirt GIORDANO..nasib baik tengah SALE..haha! terus balik SEGAMAT balik..ha! nak balik SEGAMAT nie memang extreme sungguh~ hujan lebat nyer, tingkap rosak la, jalan teruk la..haish, macam - macam la..meamng aku tercabar masa bawa kereta dalam hujan tu..nampak muka macam COOL je padahal ALLAH je la yang tahu berapa banyak aku doa & istighfar masa tu..hehe..tapi ALHAMDULILLAH dapat juga sampai ke SEGAMAT kembali dengan selamat nye..amin2..SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH KERANA MELINDUNGI HAMBA - HAMBAMU INI .. :D
Sampai kampus pukul 8.30 malam..kumpul kejap untuk kata - kata terakhir..eceh2..and of course THANKS TO ALL MY FRIENDS YANG TERLIBAT DALAM MEMBERI KERJASAMA, KENANGAN TERINDAH(pheewwiitt), SEMUA - SEMUA LAH..next sem tempat lain pula la..buat awal2 sem..oryte! end of entry yaw..at last selepas ditaip panjang - panjang..
*gambar tak dapat nak upload lagi sebab takde kat aku dan aku akan upload bila aku dah dapat gamabar - gambar tu semua dan akan diketepekkan dekat blog nie bila masa mengizinkan..ALHAMDULILLAH my wish for today tercapai...amin~ :D

wah,memang teserlah keseronokkan hehe ;)
ReplyDeletekih3..sangat keterujaan kan..haha! ayat BM yang hancur.. thanks again for follow me back! :D
ReplyDelete