Aku menangis hari ini,
Demi mengharapkan kebahagiaan di hari kelak.
Aku menangis hari ini,
Demi sebuah kebaikan yang tidak pasti.
Aku menangis hari ini,
Demi kebebasan di kemudian hari.
Aku menangis hari ini,
Demi sedetik kebahagiaan yang terus dinanti.
Aku menangis hari ini,
Demi kekuatan pada diri.
Aku menangis hari ini,
Demi mengharapkan sebuah kejayaan yang menanti.
Aku menangis hari ini,
Demi kesayuan yang tersimpan di dalam hati.
Aku menangis hari ini,
Demi satu titik permulaan yang semakin menghampiri.
Aku menangis hari ini,
Demi satu kepastian yang pasti.
Dan aku menangis hari ini,
Demi keredhaan dari-Mu, Ya Allah...
Thursday, January 05, 2012
Wednesday, January 04, 2012
Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,
Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,
Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,
Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,
Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,
Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,
" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "
Sumber dari www.iluvislam.com
Layu
Seseungguhnya tidak ada yang lebih menyayangi dari melihat bangsaku dijajah,Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dibiar. –Tun Dr. M
LAYU - MALIQUE
Aku lihat layu dalam Melayu,
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak,
Ada juga bercadang bertanya tuan punya tapi bercampur risau dan tak tergamak,
Nanti dikata tak bersyukur tak sedar diri, jadi aku menyendiri,
Memerhati dan akhirnya mengakui yang kita sendiri membiarkan bungan raya layu ke kanan dan di biarkan bunga tak cantik mekar di kiri.
Aku lihat layu dalam Melayu,
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja tapi angin api kita lupa,
Mereka merancang masa menjilat bangsa,
13 harimau bertukarr menjadi mangsa,
Kita lupa nenek moyang kaya – raya jangan sekali – kali digadai harta bendanya,
Aku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya! Tapi apa guna tidak hilang di dunia kalau kewujudan tidak di rasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat rela mengikut dari meneraju
Belum menyanyi sudah bersorak suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak !
Cuma tak berfikir diluar kotak
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tapi ragu
Ku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai (3x)
Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya – Tun Dr. M
Sajak Perjuangan Belum Selesai - Tun Dr. Mahathir
P/S : nak masukkan yg Malique Too Phat punya tapi tak jumpa..huhu,, PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI !!!

Subscribe to:
Posts (Atom)