Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

Saturday, March 31, 2012

TAK PAHAM

Assalamualaikum ~

Good Morning! this cold morning I'm chit chatting with my mom..dy ada cerita, bukan laa nak mengaibkan orang tapi nak kongsi sekadar untuk iktibar kita semua je...korang semua mesti pernah pinjam duit orang kan? Aku pun pernah..senang cerita kita nie hutang orang laa..tak kisah laa berapa banyak pun kalau dah nama pun kita pinjam hutang tetap hutang kan..okayy okayy, kenapa aku tiba tiba cakap pasal HUTANG nie bagai dan kenapa aku kaitkan dengan MAMA aku kan..

Cerita nyer macam nie...ada sorang makcik nie..kita panggil dy Makcik N laa ye..makcik N nie dulu dy jaga adik aku..adik aku ALIA yang bongsu tu..kira dulu dy nie dengan family aku baik laa..tapi sejak adik aku nie dah besar gabak nie..haha! dy pun dah stop jaga adik tue..kadang kadang je la adik aku tidur rumah dy itu pun sekarang JANGAN HARAP mama aku nak bagi lagi dah..KENAPA? nanti aku cerita..kita sambung dengan makcik N nie ye..makcik N nie sejak dah tak jaga adik aku, dy pun dah jarang laa jumpa kitorang aku pun dah tak amik kisah pasal dy sebab bukan nyer aku TAK KENANG BUDI tapi sebab banyak cerita dan banyak laa hal dy dengan makcik nie..aku pun rasa macam pelik laa kenapa dan mengapa makcik N nie macam tak reti malu sangat..

Aku nie geram bukan apa sebab dy mengganggu ketenteraman orang lain..dy nie sejak dua menjak tiga menjak nie asyik naw nak minta duit orang ..kira nyer nak pinjam laa..aku pun ada juga pinjam duit kawan kawan aku tapi kalau dah banyak kali pinjam lepas tu TAK BAYAR kau nak ke bagi pinjam lagi dekat dy..kalau setakat sikit tak apa, aku pun tak kisah..ini kalau pinjam bukan nyer sikit sikit BANYAK tahu..adeh~ aku pun tak paham laa..dah tue tak bayar satu hal, kalau dy minta pula bagai nak rak pujuk apa bagai..kalai handphone tu berbelas kali call, hantar mesej laa apa laa..makcik makcik ! Kalau agak agak orang tak angkat call tak reply mesej tu paham paham je laa...Mama aku dah serba salah sebab dy kata makcik nie dah tolong jaga adik aku semua dah..tapi mama kena paham, kita bukan tak pernah tolong dy..dah banyak kali dah ma..bukan kita je tau, orang lain pun dy ada minta..

Penyebab yangaku tak paham tu sebenar nyer sebab dy MINTA, PINJAM duit TAPI dy TAK NAK bayar..aku pun tak tahu laa..lepas tu kalau dy pinjam duit tak mengganggu orang tak pe laa juga..ini menyusahkan orang...daripada orang aman, dah jadi tak tenteram, serba salah laa apa laa...aduhaii~ aku nak cakap pun bukan nyer pandai sangat pun kan tapi aku sendiri pun sedar duit yang aku pinjam pinjam tu duit orang, buat nyer aku lupa then orang tu TAK HALALkan duit yang aku pinjam tu tak ke naya aku nanti nak jawab apa dekat akhirat nanti..itu je kowt yang aku nak cerita dekat entry nie..meluahkan perasaan laa konon kan..sebab geram dan pelik, ada juga orang macam nie -__-"


Nota kaki : Siapa rasa aku ada hutang dy lagi sila laa bagi tahu aku..so aku boleh bayar dan hilang sikit apa yang tertanggung nanti..aku tak nak mati aku ada lagi hutang yang tak langsai :)

MUNGKINKAH TERJADI


Assalamualaikum ~

Errmm ermm..nak mulakan macam mana ye dengan entry nie..hehe..okayy, jangan gedik! Sebenar nyer kan entry nie untuk melepaskan apa yang terbuku sampai dah buat perkasam dekat dalam hati..urghh! geli pula..hahaha! Okay okayy..kita mulakan ayat yang macam nie..pernah ada SECRET ADMIRE tak? or my friend and I name it as SA in short..hehe..Me? Yes! I do have one ( pengakuan berani mati )..tapikan aku nak bagi amaran awal awal..entry nie sangat meluat untuk anda! kalau dah tak mampu nak  layan aku punya entry sila laa tak payah baca sampai habis..hahaha! aku dah bagi AMARAN yee.. :D

Sebenar nyer dulu aku SA sorang nie almost 8 years or maybe already 8 years kowt..tak lama pula kan..tapi nak buat macam mana kan..hehe..dah terSUKA ter ter ter kan..hahaha! kawan aku ada cakap "Gila setia kau 8 tahun kau tunggu"..And you know without LOVE WITHOUT LOYALTY IS USELESS!! that's what I think.. *smile tapi after dah hati ke hati dengan one of my best friend, aku cakap takpe laa..let he go...cewah cewah kan..hihi..tapi bukan apa sebab perasaan menunggu tu payah weyh..betul laa cakap orang "PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN"..and for sure laa aku setuju gila gila kan..and aku pun dah tak ada perasaan sangat..dengan Mr. N itu pun aku dah jarang contact..al maklumlaa study jauh, masa pun lain lain je..nak contact pun sekejap je..dulu yelaa contact je memanjang..tapi aku pasrah ( perghh, ayat aku) sebab aku tahu dy sekarang tengah kejar cita - cita dy kat sana..so aku pun dengan rela hati melupakan dy..

Tapi ntah macam mana setahun plus plus yang lepas aku TERsuka dekat sorang mamat nie..dy takde laa handsome mana..rupa tak menjanjikan apa apa pun (kadang kadang..hahaha) tapi aku suka tengok dy senyum..nampak macam menarik perhatian aku..aku nie dah laa suka orang yang banyak humor *you know what I mean kan..kelakar pun kelakar, baik pun baik, dan agak menghormati insan yang bernama PEREMPUAN!! itu sangat laa penting..dan aku tahu dy nie menjaga solat apa semua even kadang kadang aku tahu dy ada tinggal juga..tapi senang cerita aku suka semua pasal dy..hahaha! *lempang diri sendiri..hehe,,dan aku TAK TAHU macam mana aku boleh TERsuka dy..aku pun pelik..biasa laa kan..perasaan itu muncul dengan tiba tiba dan tidak dapat dihalang..HAHAHA! rasa nak hempuk diri sendiri sebab cakap macam nie..wakaka!

Tapi lately nie aku tahu dy suka someone yang dy dah lama SA juga..huhu, bila tahu tu sebenar nyer rasa macam semacam juga..kecewa pun ada tapi aku tahu aku nak kecewa pun bukan dy tahu pun kan..kawan kawan baik aku je yang tahu..well, first time dengar aku tak tahu laa nak buat muka macam mana dengan kawan kawan aku sebab aku tahu time u muka aku dah berubah and aku pun cuba laa nak sorok dari kawan kawan aku..and for sure kawan aku tak tegur sebab dorang tahu aku tenagh sedih *godai hahaha! dan last day aku dekat SEGAMAT baru laa aku tahu siapa perempuan yang dy suka tu..aku pun macam "owh, dy ke? tapi aku rasa memang dah lama pun dy suka perempuan tu" statement nak pujuk diri sendiri..hahaha! dan di sebabkan last day juga aku bagi tahu room mates aku yang aku pernah mimpi dy 3 hari berturut turut..macam bangang kan! adeh~ tapi dah TERmimpi nak buat macam mana kan..

Aku nie dah laa kadang kadang tak boleh nak hide sangat feeling depan dy..dengan kawan kawan aku yang KAKI MENYAKAT nyer lagi -___-'' terasa nak menyorok dekat mana mana yang orang tak nampak aku punya muka je time tu..hahaha! malu la gilaa..tapi aku konon konon buat COOL je..*celah mana cool kau kan..hahaha..tapi apa apa pun aku cuba cuba dan terus mencuba untuk melupakan dy..tapi "NAMAMU AKAN KU SEBUT DALAM DOAKU" :)

Lastly, enjoy this song..MUNGKINKAH TERJADI from SPIDER (Lagu yang mungkin ada kena mengena dengan aku) hahahaha



THE END OF 3 YEARS ( PART 1 )

Assalamualaikum ~
Rasa macam dah lama gila tak update blog..so disebabkan I dah habis Diploma nie ( InsyaAllah dengan izinNya )so ada laa masa nak update update sikit..eh! aku guna 'I' ke tadi..hahaha! saje je nak mengada - ngada kan..You know when you have A LOT OF FRIENDS that you can consider as YOUR PRECIOUS FRIENDS kan..mesti terasa kehilangan sekejap if after 3 YEARS korang bersama then not sure when akan bertemu kembali..that's SO SAD and that's what happened to me..yup! this semester was my last semester..aku guna 'was' sebab memang dah habis dah pun..exam aku habis hari Rabu hari tu..so macam sedih laa nak tinggalkan KAWAN KAWAN yang dah memang macam SEBATI dengan diri selama 3 TAHUN aku belajar dekat SEGAMAT nun..

Kadang kadang rasa macam something missing pun ada..even dah bersama keluarga tercinta kembali tapi still my friends are also part of my life..and I know all of you agree with that!! *hihihi...okayy, kembali dengan tujuan asal aku nak type entry nie tadi laa ye..sesungguhnya memang banyak kenangan yang aku akan simpan sampai bila bila dengan kawan kawan aku dekat SEGAMAT tuu..sebab tu aku suka tangkap gambar even ada event kecil kecil pun sebab "SETIAP GAMBAR ADA JALAN CERITA NYER" ewaaahh~ macam kenal je ayat tu kan..hahaha! padahal kau GIGAM kan..tahu tak GIGAM tu apa? GIGAM = GILA GAMBAR..hahaha! aku dulu takde laa gigam sangat tapi kalau dah berkawan dengan kawan yang gigam juga so aku pun terkena laaa tempias nyer juga..hihi ( siapa terasa jangan marah ye..hehe ) dah banyak dah gambar dekat folder UiTM dalam lappy aku nie..tak kisah laa pergi mana pun mesti at least ada juga gambar yang di ambil..me loike! hehe

Sebenar nyer banyak benda nak cerita tapi for sure macam tak menyempat je nak cerita semua dekat sini..so macam macam macam (apa banyak macam kau kan) tak terluah pula nak type kat sini..hahahaha! takpe takpe..sebab ini baru part 1..ada lagi part lain sebab banyak lagi aku nak cerita dan aku sangat teruja! asal tak boleh blah je ayat aku nie..wakakaka..but lastly, saje je nak letak gambar nie kan..and for sure my last words " I LOVE MY FRIENDS "



Thursday, January 05, 2012

Aku Menangis Hari Ini

Aku menangis hari ini,
Demi mengharapkan kebahagiaan di hari kelak.

Aku menangis hari ini,
Demi sebuah kebaikan yang tidak pasti.

Aku menangis hari ini,
Demi kebebasan di kemudian hari.

Aku menangis hari ini,
Demi sedetik kebahagiaan yang terus dinanti.

Aku menangis hari ini,
Demi kekuatan pada diri.

Aku menangis hari ini,
Demi mengharapkan sebuah kejayaan yang menanti.

Aku menangis hari ini,
Demi kesayuan yang tersimpan di dalam hati.

Aku menangis hari ini,
Demi satu titik permulaan yang semakin menghampiri.

Aku menangis hari ini,
Demi satu kepastian yang pasti.

Dan aku menangis hari ini,
Demi keredhaan dari-Mu, Ya Allah...

Wednesday, January 04, 2012



Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

Sumber dari www.iluvislam.com

Layu

Seseungguhnya tidak ada yang lebih menyayangi dari melihat bangsaku dijajah,Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dibiar. –Tun Dr. M


LAYU - MALIQUE

Aku lihat layu dalam Melayu,
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak,
Ada juga bercadang bertanya tuan punya tapi bercampur risau dan tak tergamak,
Nanti dikata tak bersyukur tak sedar diri, jadi aku menyendiri,
Memerhati dan akhirnya mengakui yang kita sendiri membiarkan bungan raya layu ke kanan dan di biarkan bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam Melayu,
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja tapi angin api kita lupa,
Mereka merancang masa menjilat bangsa,
13 harimau bertukarr menjadi mangsa,
Kita lupa nenek moyang kaya – raya jangan sekali – kali digadai harta bendanya,


Aku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya! Tapi apa guna tidak hilang di dunia kalau kewujudan tidak di rasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat rela mengikut dari meneraju
Belum menyanyi sudah bersorak suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak !
Cuma tak berfikir diluar kotak


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tapi ragu
Ku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai (3x)


Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya – Tun Dr. M


Sajak Perjuangan Belum Selesai - Tun Dr. Mahathir





P/S : nak masukkan yg Malique Too Phat punya tapi tak jumpa..huhu,, PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI !!!

Monday, June 27, 2011

Aku Tak Bodoh

Assalamualaikum~

Setelah lama cerita nie keluar, tapi baru hari ini aku dapat nak tengok..aku tau aku macam dah ketinggalan orangnya kan..haha! tapi sebab apa tau sebab aku tak berapa nak ada masa lagi..eceh, macam sekarang nie aku free je kan...padahal hari rabu nie aku ada test tapi selamber rock aku je buka lappy, open folder terus tekan cerita AKU TAK BODOH..waallllaaaaa~ ( ayat lecturer OM aku Puan Che ) haha!

Aku suka cerita- cerita macam nie..banyak betul pengajaran yang ada..bila aku fikir - fikir balik BAGUS and out of 10 aku boleh bagi 9/10 la..pelakon - pelakon pun sempoi je..aku suka..haha! lagi satu jalan cerita pun sempoi je..haha! asyik sempoi je aku nie kan..

One thing for sure yang aku suka lagi pasal cerita - cerita macam nie sebab bagi aku apa yang terjadi dekat budak - budak nie ada betulnya..mungkin bukan semua ibu bapa macam dalam cerita nie tapi cukup la aku cakap ada ibu bapa yang macam nie..tapikan nak salahkan ibu bapa pun tak boleh juga..err,,nak tanya siapa?? nak salahkan siapa?? tepuk dada tanya IMAN..ewaahh!! dah macam masuk pertandingan pidato dah aku macam dekat sekolah rendah dolu - dolu...hahaha!

Tapi itu semua memang fakta!! ada yang mungkin berkata - kata dalam hati..yek yek je la kau nie..tapi who knows..everything in this world are posibble to happen..ececeh~ ayat nak up je kan..haha! while aku tengok cerita nie, terdetik dekat dalam hati aku nie ada rasa SYUKUR sangat - sangat sebab aku ada sebuah keluarga yang HAPPY dan BAHAGIA..nak kata takde masalah tu tipulahkan..semua orang ada masalah sendiri..ALHAMDULILLAH semua masalah ada jalan penyelesaian sendiri..so I'm GLAD to have my beautiful family.. :D

Kepada sesiapa yang keluarga dah takde tu, korang jangan la sedih sebab semua yang jadi ada hikmahnyer..mungkin korang ada kebahagiaan di sebalik kesedihan korang sekarang nie..KUASA ALLAH siapa je yang tahu melainkan DIA..okaayy la..aku nak sambung study Operation Management(OM)..tergendala sebentar sebab tadi tiba - tiba je dapat idea nak update..zaaap zuuup zaaaap idea aku datang mencurah - curah..then waaaalllllaaaaaa~ da siap satu entry..hihi..

Wish me BEST OF LUCK for upcoming tests or quizzes and to my whole semester this year and early next year..owh, before i forgot..BEST OF LUCK FOR YOU TOO.. :))